Statistik Penggunaan Frog VLE Sekolah Ahli PKG Pertang Bagi Bulan April 2015

Tahniah kepada sekolah-sekolah yang aktif di dalam penggunaan Frog VLE. Berikut adalah statistik sekolah ahli PKG Pertang yang menggunakan VLE sepanjang Bulan April 2015.
Klik pada gambar untuk paparan lebih jelas
pkgpertang vle april 1
pkgpertang vle april 2
pkgpertang vle april 3

Taklimat Pusat Akses dan Khidmat Bantu Penyediaan Kad 1Bestarinet Frog VLE

Pada 28 dan 29 April 2015, Pkg Pertang telah mengadakan satu taklimat berkaitan Pusat Akses Sekolah dan khidmat bantu penyediaan kad 1Bestarinet Frog VLE untuk guru kepada Juruteknik Komputer sekolah ahli Pkg Pertang. Taklimat disampaikan oleh En. Effendy Bin Daraman (Pegawai Teknologi Pendidikan PKG Batu Kikir). Terima kasih kepada semua JTK yang terlibat dalam khidmat bantu penyediaan kad id 1Bestarinet tersebut.
1. SMK Teriang Hilir - En. Mohd Hafizi Bin Mohamad
2. SK Durian Tipus - Pn. Norazita Binti Ismail
3. SK Gelang Terusan - En. Mohd Yusof Bin Mohd Zubir
4. SK Pasoh 1 - En. Mohd Zaki Bin Mohd Dahan
5. SK Pasoh 4 - Pn. Noridah Binti Kadir
6. SK Putra - En. Mohd Akmal Bin Mohd Zahari
Taklimat Pusat Akses

Khidmat Bantu Penyediaan Kad 1Bestarinet Frog VLE

Kad 1Bestarinet Frog VLE untuk guru-guru sekolah ahli PKG Pertang

Video Pelancaran Kem Membaca 1Malaysia Peringkat Negeri Sembilan Tahun 2015

Kem Membaca 1Malaysia merupakan program tahunan yang di anjurkan oleh Unit Pusat Sumber Pendidikan (PSP) pada setiap tahun. Bagi tahun 2015, SMK Dato Undang Musa Al-Haj, Kuala Klawang telah dipilih sebagai lokasi pelancaran peringkat Negeri Sembilan pada 21 April 2015. Perasmian telah dibuat oleh Puan Radziah Binti Abdul Manap, Ketua Sektor Pengurusan Akademik yang mewakili Pengarah Pendidikan JPNNS.

* sumber dari portal BTPNNS http://www.btpnns.tarantula.my/

Program Literasi Maklumat Sempena KM1M 2015 Peringkat Daerah Jempol Jelebu di PPANS Cawangan Jelebu



Sempena Kem Membaca 1Malaysia 2015 (KM1M), Pusat Kegiatan Guru Daerah Jempol dan Jelebu dengan kerjasama Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Sembilan (PPANS) Cawangan Jelebu telah mengadakan Program Literasi Maklumat untuk pelajar-pelajar sekolah ahli. Program selama dua hari ini telah diadakan pada 22 dan 23 April 2015 bertempat di PPANS Cawangan Jelebu. Terima kasih dan tahniah kepada semua yang terlibat dalam menjayakan program ini.

Klik untuk besarkan gambar
pkgpertang - literasi maklumat 1pkgpertang - literasi maklumat 2
pkgpertang - literasi maklumat 3pkgpertang - literasi maklumat 4
pkgpertang - literasi maklumat 5pkgpertang - literasi maklumat 6
pkgpertang - literasi maklumat 7pkgpertang - literasi maklumat 8

Pelancaran KM1M 2015 Peringkat Negeri Sembilan di SMK Dato' Undang Musa Al-Haj (SMK DUMA)


pkgpertang km1m

Terima kasih kepada semua yang terlibat dalam menjayakan Program Kem Membaca 1Malaysia 2015 (KM1M 2015) Peringkat Negeri Sembilan pada 21 April 2015. SMK Dato' Undang Musa Al-Haj (SMK DUMA) telah dipilih sebagai tuan rumah untuk Pelancaran Kem Membaca 1Malaysia (KM1M) bagi tahun 2015 dan perasmian telah dibuat oleh Puan Radziah Binti Abdul Manap, Ketua Sektor Pengurusan Akademik yang mewakili Pengarah Pendidikan JPNNS.

Klik untuk besarkan gambar
pkgpertang km1m 1pkgpertang km1m 2
pkgpertang km1m 3pkgpertang km1m 4
pkgpertang km1m 5pkgpertang km1m 6
pkgpertang km1m 7pkgpertang km1m 8

Surat Taklimat Pusat Akses, Makmal Komputer dan Khidmat Bantu Penyediaan Kad 1Bestarinet Frog VLE

pkgpertang

UP : Juruteknik Komputer Sekolah Ahli Pkg Pertang.

Satu taklimat berkaitan Pusat Akses, Makmal Komputer dan khidmat bantu penyediaan kad 1bestarinet (Frog VLE) akan diadakan seperti jadual di atas. Sila dapatkan senarai ID IBestarinet (no ic,id,katalaluan) guru-guru sekolah masing-masing daripada guru admin VLE. Untuk memuat turun surat, sila ke halaman muat turun atau klik pada ikon scribd di bawah.

Pelaksanaan Program Kem Membaca 1Malaysia 2015 (KM1M 2015)

Kem Membaca 1Malaysia (KM1M) merupakan satu aktiviti tahunan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) bertujuan untuk mengukuhkan budaya membaca dan menanam sikap cintakan ilmu melalui pelbagai aktiviti yang berkaitan dengan pembacaan dalam kalangan murid. Program KM1M 2015 akan diadakan selama 3 hari iaitu pada 21 hingga 23 April 2015. Semua warga sekolah perlu melaksanakan program membaca serentak pada ketetapan berikut:

pkg pertang km1m

Oleh itu, satu laporan pelaksanaan KM1M 2015 perlu diserahkan ke Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Sembilan melalui Pusat Kegiatan Guru Pertang. Semua sekolah diminta menghantar laporan tersebut mengikut format yang disediakan seperti lampiran B pada atau sebelum 30 April 2015. Untuk memuat turun surat, sila klik pada ikon scribd di bawah.





Muat Turun Bahan Bengkel Kerja Penghasilan Bahan Aset Digital dan Objek Pembelajaran (LO)


Berikut adalah bahan/modul asas yang diharapkan dapat membantu guru-guru dalam penghasilan Bahan Aset Digital dan Objek Pembelajaran. Untuk sekolah ahli PKG Pertang, bengkel ini akan diadakan pada bulan Mei dan Ogos 2015 sekiranya tiada apa-apa perubahan pada jadual. Sila klik pada pautan >>Download<< atau ke halaman Muat Turun untuk memuat turun bahan ini.


1) Modul pembinaan laman pembelajaran maya untuk PdP
>>Download<<


2) Cara instalasi perisian Camtasia
>>Download<<


3) Modul suntingan audio/video menggunakan perisian Camtasia
>>Download<<


4) Cara instalasi perisian Flip PDF
>>Download<<


5) Modul pembinaan e-book menggunakan perisian Flip PDF
>>Download<<

Bengkel Pembinaan Modul Asas e-Book (Bahan Aset Digital dan Objek Pembelajaran)

Tahniah kepada semua PTP, PT dan JTK PKG Daerah Jempol Jelebu serta Unit Media BTPNNS yang terlibat dalam merancang dan membina satu bahan rujukan iaitu modul asas e-book (Bahan Aset Digital dan Objek Pembelajaran) pada 10 April 2015 yang bertempat di PKG Batu Kikir.

pkgpertang bengkel ebook
pkgpertang bengkel ebook
pkgpertang bengkel ebook

Perbezaan Teknologi UEFI dan BIOS

Apakah teknologi UEFI dan perbezaannya dengan teknologi BIOS?

UEFI adalah singkatan bagi Unified Extensible Firmware Interface merupakan satu teknologi sistem komputer yang dihasilkan untuk menggantikan sistem BIOS (Basic Input Output System) dalam mengawal dan mengkonfigurasi semua perkakasan, menyimpan dan membuka sistem pengoperasian dalam komputer pada masa kini.

Pada peringkatan permulaan, sistem UEFI ini dibina oleh syarikat Intel untuk sistem komputer pelayan Itanium keluarannya. Ketika itu, sistem ini dikenali sebagai Intel Boot Inniative bagi mengatasi beberapa kelemahan yang wujud dalam sistem BIOS. Kemudian, pengurusan dan pengembangan teknologi UEFI ini telah diambil alih oleh satu badan yang dikenali sebagai Unified EFI Forum.

pkg pertang bios uefi
Teknologi Bios
Kelemahan utama dalam sistem BIOS adalah saiznya yang hanya 16 bit dan hanya memperuntukkan 1 MB bagi saiz ruang dalam memanipulasi skim sekatan MBR (Master Boot Record) dalam komputer. Ini memberi kekangan kepada sistem BIOS dalam keupayaan menggunakan saiz memori RAM (Random Access Memory) yang lebih besar. Seterusnya, sistem BIOS tidak berupaya memberi sokongan pada fungsi aplikasi komputer yang memerlukan saiz penggunaan memori RAM yang besar seperti sistem cakera keras atau HDD (Hard Disk Drive) yang mempunyai kapasiti 2.2 TB ke atas.

pkg pertang bios uefi
Teknologi UEFI
Seterusnya disertakan beberapa kelebihan penggunaan sistem UEFI dalam sesebuah komputer.
  • Sistem UEFI menyokong sistem komputer yang berasaskan seni bina 32 bit dan 64 bit.
  • Sistem UEFI menyokong pelbagai jenis seni bina pemproses berserta dengan aplikasi pemanduannya.
  • Sistem UEFI menyokong antara muka yang bersifat visual dan penggunaan tetikus.
  • Sistem UEFI menyokong pelbagai jenis skema sistem sekatan selain daripada MBR seperti GPT (GUID Partition Table) dan lain-lain.
  • Sistem UEFI mempunyai fungsi pengurusan but tersendiri.
pkg pertang bios uefi
Perbezaan proses boot
Sistem UEFI memberi kepantasan dalam pemula bagi sesebuah komputer dan menyediakan sokongan yang baik dalam rangkaian komputer.

Dengan perkembangan pesat teknologi perkakasan dan sumber pengkomputeran yang menjadikan sesebuah komputer pada masa kini berkapasiti dan berkuasa tinggi, sistem BIOS tidak berupaya lagi menangani perkara ini dan digantikan dengan sistem baru yang dikenali sebagai sistem UEFI.

Statistik Penggunaan Frog VLE Sekolah Ahli PKG Pertang Bagi Bulan Mac 2015

Tahniah kepada sekolah-sekolah yang aktif di dalam penggunaan Frog VLE. Berikut adalah statistik sekolah ahli PKG Pertang yang menggunakan VLE sepanjang Bulan Mac 2015.
Klik pada gambar untuk paparan lebih jelas
pkgpertang analisa frog vle
pkgpertang analisa frog vle
pkgpertang analisa frog vle

Gambar Sekitar Program Literasi Maklumat Sempena Pesta Buku Daerah Jempol dan Jelebu 2015

Tahniah kepada semua pelajar yang menjayakan dan memeriahkan Program Literasi Maklumat sempena Pesta Buku Daerah Jempol dan Jelebu 2015.
Klik untuk besarkan gambar
pkgpertang
pkgpertang
pkgpertang
pkgpertang
pkgpertang
pkgpertang
pkgpertang