Mesyuarat Jawatankuasa Pemuafakatan Aktiviti (JKPA) PKG Pertang Tahun 2015

Satu Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Aktiviti (JKPA) Bil.1/2015 telah diadakan pada 28 Mei 2015 bertempat di Bilik Mesyuarat PKG Pertang. Mesyuarat bermula pada jam 2.30 petang dan dihadiri oleh Pengetua dan Guru Besar sekolah ahli PKG Pertang. Terima kasih kepada semua yang hadir pada mesyuarat tersebut.

Agenda Mesyuarat
  • Ucapan Pengerusi - Ust Md Fouzar Bin Norsirin (SK Simpang Durian)
  • Ucapan wakil BTPNNS - Ust Mohammad Akmal Bin Abd Razak (Unit Pengurusan Strategik)
  • Pembentangan Minit Mesyuarat JKPA PKG Pertang Tahun 2014 - En Effendy Bin Daraman
  • Laporan Aktiviti PKG Pertang Tahun 2014 - En Effendy Bin Daraman
  • Pembentangan Perancangan Aktiviti Tahun 2015 - En Effendy Bin Daraman
  • Pembentangan Penyata Kewangan PKG Tahun 2014 - Pn. Tee Geok Lian (SJKC Pertang)
  • Perlantikan JKPA PKG Pertang Tahun 2015 - Sila klik untuk lihat carta organisasi
  • Hal-hal lain
Klik pada gambar untuk paparan lebih jelas
pkgpertang - jkpa 1
pkgpertang - jkpa 2
pkgpertang - jkpa 3

Pemilihan Tokoh Nilam Peringkat PKG Pertang Tahun 2015

Pada 25 Mei 2015, Pusat Kegiatan Guru Pertang telah mengadakan Pemilihan Tokoh Nilam Peringkat PKG untuk memilih tokoh nilam yang dapat mewakili PKG ke peringkat daerah mengikut kategori yang telah ditetapkan. Seramai 24 orang pelajar dari 12 buah sekolah telah terlibat dalam pemilihan tokoh nilam ini. Terima kasih kepada semua yang terlibat dan tahniah kepada pelajar yang telah terpilih untuk ke peringkat daerah.

Juri/Para Hakim :
1. En. Mohd Shafari Bin Hj Johar - PPD Jempol Jelebu
2. En. Rosle Bin Yahaya - PKG Kuala Pilah
3. En. Herwan Bin Hussin - PKG Chuah
4. En. Mohd Izzad Fadzli Bin Mohd Akmal - PKG Mambau
5. En. Abd Karim Bin Mohamad - PKG Gemas
6. En. Mohd Faizal Bin Mohamad Rohan - PKG Johol
7. Pn. Norazean Binti Mahmod - PKG Lui

klik pada gambar untuk paparan lebih jelas
pkgpertang - tokohnilam1
pkgpertang - tokohnilam2
pkgpertang - tokohnilam3
pkgpertang - tokohnilam4

Video Pelancaran Hari Guru Peringkat Negeri Sembilan Tahun 2015


Pelancaran Sambutan Hari Guru peringkat Negeri Sembilan bagi tahun 2015 telah diadakan pada 20 Mei 2015. Majlis telah di sempurnakan oleh YAB Dato Seri Utama Haji Mohamad bin Haji Hasan, Menteri Besar Negeri Sembilan bertempat di Dewan Besar Universiti Sains Islam Malaysia, Bandar Baru NIlai. Sambutan ini diadakan pada setiap tahun sebagai mengenang jasa guru mendidik anak bangsa.

* sumber dari portal BTPNNS http://www.btpnns.tarantula.my/

Live Streaming - Majlis Perayaan Hari Guru Peringkat Negeri Sembilan Tahun 2015


Broadcast live streaming video (BTPNNS)

Majlis Perayaan Hari Guru Peringkat Negeri Sembilan Darul Khusus 2015

Dirasmikan oleh:
YAB Dato' Seri Utama' Haji Mohamad Bin Haji Hasan
Menteri Besar Negeri Sembilan Darul Khusus

Tarikh:
20 Mei 2015 (Rabu)

Tarikh:
3.30 petang

Tempat:
Dewan Besar Universiti Sains Islam Malaysia
Bandar Baru Nilai
Negeri Sembilan Darul Khusus

Taklimat Khas Pembestarian Sekolah Tahun 2015

Satu Taklimat Khas Pembestarian Sekolah untuk Sekolah Ahli PKG Pertang dan PKG Kuala Klawang telah diadakan pada 14 Mei 2015 bertempat di SK Putra. Taklimat telah bermula pada pukul 2.15 petang dan melibatkan semua Pengetua dan Guru Besar sekolah ahli. Antara fokus utama dalam taklimat ini ialah memberi penerangan mengenai;

  • IQPSS
  • NILAM
  • MBMMBI
  • SSQS
  • Penyelenggaraan ICT
  • Pengedaran netbook 1Malaysia
  • Talian internet di sekolah
Terima kasih kepada semua yang terlibat sepanjang taklimat berlangsung. Taklimat berakhir pada pukul 5.00 petang.

Penceramah :
1. En Sharizan Bin Ibrahim (BTPNNS) - IQPSS, NILAM dan MBMMBI
2. En Paizan Shem Bin Abdollah (BTPNNS) - ICT
3. En Effendy Bin Daraman - SSQS dan Frog VLE

klik pada gambar untuk paparan lebih jelas
pkgpertang pembestarian1
pkgpertang pembestarian2
pkgpertang pembestarian3

Taklimat Perancangan Khidmat Bantu Frog VLE untuk Sekolah Ahli PKG Daerah Jempol Jelebu Tahun 2015

Satu Taklimat Perancangan Khidmat Bantu Frog VLE untuk Sekolah Ahli PKG Daerah Jempol Jelebu telah diadakan pada 14 Mei 2015 bertempat di PKG Pertang. Taklimat bermula pada pukul 8.00 pagi dan dihadiri oleh semua Pegawai Teknologi Pendidikan PKG Daerah Jempol dan Jelebu. Empat objektif utama telah ditetapkan apabila membuat khidmat bantu Frog VLE ke sekolah ahli iaitu pengaktifan ID untuk guru dan pelajar, pembinaan Learning Site, penggunaan Google App dan Frog Store. Taklimat berakhir pada pukul 1.00 tengahari.

Pegawai Teknologi Pendidikan yang terlibat :
1. En. Dzulkafi @ Zulkifli Bin Hashim - PKG Batu Kikir
2. Pn. Aminah Binti Ibrahim - PKG Bahau
3. En. Effendy Bin Daraman - PKG Batu Kikir
4. Pn. Zaraton Akma Binti Abdul Aziz - PKG Kuala Klawang
5. En. Fazly Bin Ibrahim - PKG Rompin
6. Pn. Norazean Binti Mahmod - PKG Lui

klik pada gambar untuk paparan lebih jelas

Bengkel Kerja Penghasilan Bahan Aset Digital dan Objek Pembelajaran Bagi Sekolah Ahli Pkg Pertang Fasa 1 Tahun 2015

Satu Bengkel Kerja Penghasilan Bahan Aset Digital dan Objek Pembelajaran Bagi Sekolah Ahli Pkg Pertang telah diadakan pada 11 - 13 Mei 2015. Bengkel untuk Fasa 1 yang melibatkan seramai 15 orang guru (subjek Pendidikan Islam, Pendidikan Moral dan Sains) ini telah dikendalikan oleh En. Effendy Bin Daraman selaku Pegawai Teknologi Pendidikan PKG Batu Kikir. Guru-guru telah diajar bagaimana cara untuk membina Learning Site di dalam Frog VLE dan cara menghasilkan buku digital  (e-book) dengan menggunakan perisian Flip PDF. Learning Site yang dihasilkan akan dimuatnaik ke Moe Repository untuk penilaian dan akan dimasukkan ke dalam Frogstore sebagai bahan perkongsian. Terima kasih kepada semua guru terlibat yang telah memberikan sepenuh komitmen sepanjang bengkel tersebut.

klik untuk paparan lebih jelas

Bengkel Pemurnian Blog Sekolah Untuk JTK Sekolah Ahli PKG Pertang

Satu Bengkel Pemurnian Blog Sekolah untuk Juruteknik Komputer sekolah ahli Pkg Pertang telah diadakan pada 5 Mei 2015. Bengkel yang melibatkan seramai 6 orang Juruteknik Komputer sekolah ini telah dikendalikan oleh En. Effendy Bin Daraman selaku Pegawai Teknologi Pendidikan PKG Batu Kikir dan staf PKG Pertang. Bengkel yang bermula pada jam 8.30 pagi ini telah berakhir pada jam 5.00 petang. Terima kasih kepada semua JTK terlibat yang telah memberikan sepenuh komitmen sepanjang bengkel tersebut.


bengkel blog sekolah ahli pkg pertang