Fasa 1 : Bengkel Kerja Memperkasa Dan Mengoptimum Inisiatif ICT Dalam PdP Abad Ke-21

Satu Bengkel Kerja Memperkasa Dan Mengoptimumkan Inisiatif ICT Dalam PdP Abad Ke-21 telah diadakan selama dua hari pada 7 & 8 Julai 2015 bertempat di Makmal Komputer SK Simpang Durian. Bengkel yang dihadiri oleh seramai 44 orang guru (ketua bidang dan panatia) dari sekolah Daerah Jempol Jelebu ini memfokuskan kepada peningkatan penggunaan Inisiatif ICT dalam Pdp Abad Ke-21. Terima kasih dan tahniah kepada semua yang terlibat dalam menjayakan program ini.

Senarai Fasilatator :
1. En. Dzulkafi Bin Hashim – PKG Batu Kikir
2. En. Effendy Bin Daraman – PKG Batu Kikir
3. En. Fazly Bin Ibrahim – PKG Rompin
4. Pn. Aminah Bt Ibrahim – PKG Bahau
5. Pn. Norazean Bt Mahmood – PKG Lui
6. Pn. Zaraton Akmar Bt Abdul Aziz – PKG Kuala Klawang
7. Pn. Norfadilah Bt Aziz - PPD Jempol Jelebu

Klik pada gambar untuk paparan lebih jelas


Manual Pengisian Data SSQS V3 Tahun 2015


Pengisian Data Smart School Qualification Standards (SSQS) bagi tahun 2015 akan bermula pada 6 Julai - 30 Ogos 2015. Pengisian boleh dibuat pada pautan berikut http://tarantula.my/ssqsv3/. Sila klik pada ikon scribd di bawah untuk memuat turun manual pengisian SSQS .

Taklimat Pengisian Data SSQS Tahun 2015

Satu Taklimat Pengisian Data SSQS Tahun 2015 telah diadakan pada 6 Julai 2015 bertempat di Bilik Mesyuarat PKG Pertang. Taklimat bermula pada jam 2.30 petang dan dihadiri oleh Guru ICT sekolah ahli PKG Pertang. Taklimat telah disampaikan oleh Tn. Hj. Mat Mahmood Bin Tapri dari Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Sembilan. Terima kasih kepada semua yang hadir pada taklimat tersebut.

Khidmat Bantu SJKC Kg Baru Pertang

Laporan Khidmat Bantu SJKC Baru Pertang 03.07.2015

Statistik Penggunaan Frog VLE Sekolah Ahli PKG Pertang Bagi Bulan Jun 2015

Tahniah kepada sekolah-sekolah yang aktif di dalam penggunaan Frog VLE. Berikut adalah statistik sekolah ahli PKG Pertang yang menggunakan VLE sepanjang Bulan Jun 2015.
 Klik pada gambar untuk paparan lebih jelas